Saturday, August 21, 2010
Makanan India
Rosmeni bt Abdul Rahim.
204436.
Penggunaan ramuan seperti rempah ratus, dadih dan bawang putih dalam masakan India bagaikan satu kemestian serta menjadi bahan utama dalam hampir semua setiap jenis hidangan kerana dapat membangkitkan aroma dan menambah rasa sedap masakan yang disajikan.
Masakan India Selatan lebih menjurus cita rasa pedas dan lemak santan, masakan India Utara pula terkenal dengan keaslian rasa dan kemewahan masakan diraja serta baik untuk kesihatan. Selain itu masakan India Utara juga dikenali hidangan ‘Raja segala herba’ kerana penggunaan banyak rempah ratus. Lazimnya, dalam sesuatu resipi masakan ada menggunakan antara 12 hingga 13 jenis rempah ratus.Contohnya seperti rempah kari, kunyit, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga dan sebagainya.
Kebiasaan Masyarakat India
Nur Syamimi Hazirah bt Mohd Saberi.
204310.
Nasi Kandar
Pada mulanya pengaruh masakan mereka ini tertumpu di utara Semenanjung sahaja seperti Alor Setar, Kangar, Sungai Petani dan Pulau Pinang. Namun kini mula menular keseluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Nasi kandar mengekalkan nama ‘kandar’ ini berlandaskan cara penjaja nasi ini menjualnya. Nasi dikandar di bahu (dua bakul atau raga dengan satu batang kayu) dan mereka akan berjaja merentas kampung-kampung.
Roti Canai, Paratha dan Puri
Roti canai atau paratha dan puri ini pada asalnya ialah makanan kegemaran kaum India. Buat masa kini roti canai berjaya meletakkan tarafnya bersama dengan nasi lemak, diminati oleh sebilangan besar rakyat Malaysia.
Kari
Kari adalah nama makanan yang menggunakan campuran bumbu dan rempah-rempah seperti jintan putih, jintan manis, kunyit dan bunga lawang dicampur sehingga mempunyai rasa tajam dan pedas. Kari selalunya dimakan bersama nasi putih. Kari juga menjadi makanan kegemaran masyarakat Melayu dan sebilangan masyarakat Cina.
Martabak(Murtabak)
Martabak adalah makanan khas dari India yang dibuat daripada telur.Martabak akan digoreng sehingga kulit menjadi garing sebelum dihidangkan. Sebagai pelengkap,pada kebiasaannya,martabak akan disaji bersama acar ketimun.