Monday, August 23, 2010

Pengenalan

Nur Isnadia bt Ismail.
204534.

Malaysia terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum. Antaranya ialah kaum Melayu, Cina, dan India. Setiap kaum masing-masing mempunyai tradisi yang berbeza dari aspek makanan. Oleh itu, Malaysia kaya dengan resipi makanan. Kelebihan ini telah menarik banyak pelancong dalam negeri dan luar negara mengunjung ke Malaysia.

Saturday, August 21, 2010

Makanan Melayu

Nurul Ain Wahidah bt Anuar.
204608.

Sajian Ulam-ulaman
Pucuk paku, petai, daun pegaga, daun selum, daun kaduk, cendawan (kulat) dan lain-lain jenis ulaman daun menjadi makanan amalan orang Melayu di kampung. Daun-daun ini selain kaya dengan sumber vitamin dan mineral, sebenarnya juga tinggi dari segi serat. Daun kaduk dan daun pegaga telah mendapat pengiktirafan dari Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) sebagai herba yang mempunyai pelbagai faedah kepada kita. Daun-daun tersebut boleh merangsang aktiviti otak kanak-kanak, pengaliran darah yang sihat dan menghaluskan tekstur kulit seseorang.

Untuk pesakit diabitis dan tekanan darah tinggi, ulam jering boleh dijadikan ubat kerana kandungan alkali yang tinggi dan berfungsi sebagai bahan dirutik. Tongkat Ali merupakan akar kayu yang terbilang hasiatnya dari segi penambahan tenaga batin dan juga tenaga fisikal. Tongkat Ali dijual dalam bentuk tablet dan juga serbuk. Dahulu ulam dan akar kayu hanya dipopularkan oleh orang Melayu tetapi sekarang mendapat tempat di restoran dan hotel-hotel, yang mana kita lihat kaum-kaum lain turut meminatinya.

Hari Lebaran dan Majlis Keramaian

Norazima bt Safar.
204520.

Sajian Pilihan dan Manisan

Nasi tomato dihidang bersama ayam masak merah, dalca, ayam golek, pecal dan lain-lain. Bagi orang Melayu pantai Timur (Kelantan dan Terengganu) menghidangkan pelbagai juadah seperti nasi dagang, nasi berlauk, nasi minyak, ayam percik dan lain-lain. Negeri Perak pula berbangga dengan rendang tok dan gulai ikan sembilang tempoyak. Gulai lemak cili padi (ayam, ikan dan daging) pula dipelopori oleh orang Negeri Sembilan. Selain lauk pauk terdapat juga makanan ringan seperti laksa Penang, laksa Johor, pesembur, mi Siam dan lain-lain.


Manisan kegemaran orang Melayu ialah dari jenis bubur dan kuih muih. Bubur pulut hitam, bubur kacang, pengat pisang dan bubur cacar (kandungan keladi, keledek dan tepung gunting) merupakan manisan yang sangat popular. Manisan tradisi bagi orang Melayu pula ialah dodol, wajek, kuih koci, bahulu dan onde-onde. Kuih tradisi ini masih diminati terutama pada bulan Ramadhan dan lebaran. Minuman iringan pula, orang Melayu tidak akan lupa menghidangkan air sirap bandung, sirap selaseh, air kelapa dan air kopi kampung.

Kebanyakan kuih muih orang Melayu berasaskan beras, beras pulut dan ubi. Contohnya kuih seri muka (di bawah pulut dan di atas kastad pandan) pulut panggang (pulut berisi serunding kelapa atau ikan) bengkang ubi, talam keladi, cucur badak, kuih lapis, sagu gula Melaka, ketupat dan juga lemang. Kuih tradisi ini masih diminati terutama pada bulan Ramadhan dan pada hari lebaran.

Makanan Cina

Keith Teo Ming Kit.
207160.

Bahan Utama Masakan

Bagi kaum Cina pula bahan utama dalam masakan mereka ialah bahan soya (tahu, taucu, kicap soya) cendawan, bunga lily, biji bijan dan lain-lain. Bahan ini kemudiannya akan diolah bersama rempah yang digunakan oleh orang Melayu seperti biji ketumbar, kayu manis dan sebagainya. Kebanyakan masakan Cina di negara kita ini, kebanyakan resipinya berasal dari Negara China. Contohnya, yong tau foo, char koay teow, dim sum dan lain-lain. Masakan ini telah diminati semenjak abad ke-18. Lok lok adalah satu-satu makanan Cina yang masih dijaja dan menjadi kegemaran kaum Cina. Lok lok atau dikenali dengan sate celup merupakan makanan ringan dari sayuran, daging dan makanan laut.

Masakan Nyonya

Goh Lih Ying.
206806.

Masakan nyonya adalah gabungan masakan orang Melayu dan Cina. Contoh masakan nyonya ialah bubur caca, ikan bakar dan air asam, nasi kerabu dan lain-lain.

Terdapat beberapa perbezaan antara nyonya Penang dan nyonya Melaka. Di antaranya ialah penggunaan cili, di mana masakan nyonya Penang agak pedas berbanding nyonya Melaka. Nyonya di Penang dipengaruhi oleh Thailand di mana penggunaan limau dan asam jawa agak ketara. Masakan nyonya di Melaka mempunyai banyak pengaruh Indonesia dan Melayu, contohnya gado-gado dan penggunaan santan dalam masakan mereka.


Makanan Pada Musim Perayaan Cina

Chai Moi Hui.
206703.

Tang Yuan


Tang Yuan adalah sejenis makanan cina yang diperbuat daripada tepung pulut.Tepung pulut ini dicampurkan dengan sedikit air untuk membentuk bebola, kemudian dimasak dan dihidangkan dalam air yang mendidih sama ada secara berinti atau kosong.Secara tradisi, tang yuan dimakan ketika perayaan yuan xiao atau Chap Goh Mei.



Kuih Bakul


Kuih Bakul atau Nian Gao ialah sejenis kuih yang disajikan pada Tahun Baru Cina.Kuih bakul adalah makanan cina yang dibuat daripada pulut.Sungguhpun boleh dimakan pada bila-bila masa,secara tradisi,kuih ini adalah kuih yang paling laris dimakan ketika sambutan Tahun Baru Cina.


Kuih Bulan




Kuih bulan ialah sejenis kuih Cina yang sering dimakan sewaktu perayaan Pertengahan Musim Luruh.Kuih Bulan dibuat daripada adunan yang manis dan memiliki inti biji buah teratai atau kacang merah atau dengan kuning telur masin di tengahnya.





Yee Sang





Yee Sang adalah salah satu makanan khas yang hanya disajikan pada perayaan Tahun Baru Imlek.Yee Sang terdiri daripada hirisan dan ikan(biasanya ikan salmon dan dicampur dengan sos plum.

Makanan India


Rosmeni bt Abdul Rahim.
204436.

Penggunaan ramuan seperti rempah ratus, dadih dan bawang putih dalam masakan India bagaikan satu kemestian serta menjadi bahan utama dalam hampir semua setiap jenis hidangan kerana dapat membangkitkan aroma dan menambah rasa sedap masakan yang disajikan.

Masakan India Selatan lebih menjurus cita rasa pedas dan lemak santan, masakan India Utara pula terkenal dengan keaslian rasa dan kemewahan masakan diraja serta baik untuk kesihatan. Selain itu masakan India Utara juga dikenali hidangan ‘Raja segala herba’ kerana penggunaan banyak rempah ratus. Lazimnya, dalam sesuatu resipi masakan ada menggunakan antara 12 hingga 13 jenis rempah ratus.Contohnya seperti rempah kari, kunyit, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga dan sebagainya.

Kebiasaan Masyarakat India

Nur Syamimi Hazirah bt Mohd Saberi.
204310.

Nasi Kandar

Pada mulanya pengaruh masakan mereka ini tertumpu di utara Semenanjung sahaja seperti Alor Setar, Kangar, Sungai Petani dan Pulau Pinang. Namun kini mula menular keseluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Nasi kandar mengekalkan nama ‘kandar’ ini berlandaskan cara penjaja nasi ini menjualnya. Nasi dikandar di bahu (dua bakul atau raga dengan satu batang kayu) dan mereka akan berjaja merentas kampung-kampung.

Roti Canai, Paratha dan Puri

Roti canai atau paratha dan puri ini pada asalnya ialah makanan kegemaran kaum India. Buat masa kini roti canai berjaya meletakkan tarafnya bersama dengan nasi lemak, diminati oleh sebilangan besar rakyat Malaysia.

Kari



Kari adalah nama makanan yang menggunakan campuran bumbu dan rempah-rempah seperti jintan putih, jintan manis, kunyit dan bunga lawang dicampur sehingga mempunyai rasa tajam dan pedas. Kari selalunya dimakan bersama nasi putih. Kari juga menjadi makanan kegemaran masyarakat Melayu dan sebilangan masyarakat Cina.

Martabak(Murtabak)

Martabak adalah makanan khas dari India yang dibuat daripada telur.Martabak akan digoreng sehingga kulit menjadi garing sebelum dihidangkan. Sebagai pelengkap,pada kebiasaannya,martabak akan disaji bersama acar ketimun.

Kesimpulan

Kesimpulannya, Malaysia mempunyai pelbagai jenis gaya masakan unik hasil percampuran budaya penduduk pelbagai kaum yang telah berkongsi dan mencuba perisa, ramuan dan cara memasak di antara satu sama lain.

Penduduk Malaysia amat menggemari dan menghargai jenis-jenis makanan mereka yang berbagai-bagai jenis dan rasa.